^_^ ..

Monday, 6 January 2014

Tuhan Sedang Menguji Kita


Dalam meniti kehidupan yang cukup mencabar, sesekali menuntut agar kita berhenti sejenak. Bukan berhenti daripada melakukan apa-apa, cuma cukuplah sekadar untuk kembali muhasabah diri sendiri. Sudah terlalu jauhkah diri kita ini daripada ALLAH??

Kita adalah hamba-NYA yang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Setiap masa, kita sentiasa ada ruang/peluang dan terbuka untuk melakukan kesalahan. Namun, di sebalik semua itu, ada ruang yang masih tersedia untuk kita kembali. Ya, cuba kita renungi, apa kita benar-benar telah kembali kepada ALLAH? Tepuk dada tanya diri.. ^^

Marilah kita bersama-sama agar sentiasa menjaga pancaindera yang kita miliki dengan elok-elok, misalnya seperti mata. Di samping itu, marilah kita periksa sudah berapa banyak dosa yang telah kita lakukan dengannya. Itu semua akan dibawa ke dalam kubur. Kita akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan kelak. Tak takut ke..??

Bayangkanlah.... apabila kita ditinggalkan di dalam kubur, kita keseorangan. Siapakah yang akan menemani kita jika tidak amal ibadat sendiri? Ibu bapa tidak akan menemani. Begitu juga dengan adik-beradik. Tiada saudara-mara yang akan membantu kita di dalam keadaan gelap gelita itu.

Ke mana teman-teman yang sering menukilkan rasa gelak tawa bersama-sama?? Ingatlah... sebaik-baik teman sekalipun, dia hanya akan turun ke dalam kubur untuk menghantar kita buat terakhir kalinya, kemudian akan naik semula. Tiada seorang pun yang akan menemani kita. Siapa yang boleh temankan kita?? Anak sekalipun tidak boleh menemani. Masih tidak adakah rasa gentar di hati..??

Maka, marilah kita merasakan takut yang sebenar-benarnya dengan mengelakkan perbuatan maksiat. Perasaan ini perlu timbul di dalam hati dan diri setiap insan. Ketakutan itu wajar hadir agar dapat menghindari kita daripada terus bergelumang dalam kancah dosa.

Perlu kita sedar bahawa dalam kehidupan ini, tidak semua orang sukakan kita. Kata orang, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah juga orang yang membenci kita. Orang yang menyampah dengan kita sebenarnya ramai. Itu belum termasuk lagi orang yang menghamburkan cacian dan kata-kata nista. Maka, perlu kita ingat bahawa sabar adalah tuntutannya.. ^_^ .. Jangan kisah pandangan orang lain, tetapi kisahlah pada pandangan Allah terhadap kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah melaksanakan ibadat dengan sebaiknya dan seikhlasnya... ^_~

Dalam melakukan apa-apa perkara, fikirkanlah tentang dua perkara dahulu iaitu dosa dan pahala.. fikirkan tentang baik dan buruknya perkara tersebut... Jangan main bedal atau hantam saja...! ^__^