^_^ ..

Wednesday, 28 May 2014

Derita Dalam Dakwah


..........................................................................

Ketika menusia berada dalam jurang kesesatan yang sangat jauh, ketika itulah pula Nabi Ibrahim A.S diutus oleh Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Tugas utama Baginda Ibrahim adalah mengajak kaumnya kepada kebenaran, Baginda menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Baginda mengajak kaum mentauhidkan Allah, tetapi kaumnya menolak ajakan Baginda yang didakwa disampaikan dengan cara seruan yang sangat keras, tidak boleh diterima. Bahkan mereka melemparkan Nabi Ibrahim A.S ke ke dalam unggun api yang besar untuk membinasakannya.

Setelah kenabian Nabi Ibrahim A.S berakhir, umat semakin lama semakin bertambah menyimpang dari jalan yang lurus. Mereka kembali mengagungkan dan menyembah patung-patung, serta mereka lebih condong kepada kehidupan duniawi dan segala sesuatu yagn bersifat materialistik.

Ketika manusia sedang berada dalam puncak kesesatan yagn jauh, maka di saat itulah Allah Taala mengutus Nabi Musa A.S di Mesir. Saat itu jiwa penduduk Mesir telah membatu, bahkan perasaan lebih keras dari batu. Nabi Musa A.S berusaha mengajak mereka ke jalan yang lurus. Nabi Musa A.S menegakkan tugas suci seorang Rasul, amar ma'ruf nahi mungkar. Beliau dan Nabi Harun A.S, saudara Baginda yang turut bersamanya mengajak manusia ke jalan yang lurus dengan susah payah dan penuh dengan tentangan serta penderitaan. Kedua-dua utusan Allah itu, terus bersabar saat menyampaikan risalah kenabian yang dibebankan di bahu-bahu mereka.

Tugas amar ma'ruf nahi mungkar bukanlah perkara yagn mudah. Tidak sedikit Para Nabi dan Rasul yang terbunuh, ketika mengajak kaumnya menurut manhaj dakwah itu. Tubuh Nabi Zakaria A.S pernah diancam dan dibelah menjadi dua menggunakan gergaji besi, kerana menanggung risalah yang mesti disampaikan. Demikian pula halnya dengan Nabi Yahya dan Nabi Isa A.S, kedua-dua jiwa manusia mulia ini diancam bunuh, ketika mengajak kaum-kaumnya menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Meskipun demikian, tentangan yang dihadapi Nabi Muhammad S.A.W dari kaum Baginda sendiri lebih berat dan dahsyat, sehingga Baginda S.A.W pernah bersabda kepada Aisyah R.A (maksudnya), "Aku telah menerima tentangan dan ancaman dari kaummu dengan sangat keras" (Sahih Buhkhari).

Sikap kecewa akibat permusuhan yang mesti dihadapi oleh Para Nabi dan Rasul itu juga harus dihadapi oleh para da'ie yang mengajak umat masing-masing ke jalan Allah Taala. Pendakwah yang menyangka bahawa seruannya hari berjaya merupakan pendakwah yang tidak menepati sunnah-sunnah yang pernah dilalui oleh masyayeikh para pendakwah, iaitu Para Nabi dan Rasul.

Tugas dakwah sebenarnya berat dan mencabar. Pendakwah yang melalui denai-denai perjuangan yang diwarisi oleh Para Nabi dan Rasul tentunya juga akan mengungkapkan perkataan seumpama ini, "Selama lapan puluh tahun lebih usaha seruan dakwahku, belum pernah aku merasakan manisnya dunia. Sebab aku menghabiskan usiaku di medan peperangan dan penjara, baik di dalam mahupun di luar negeri. Tidak ada satu penderitaan pun berupa seksaan yagn belum pernah aku alami. Bahkan aku pernah diperlakukan sebagai penjahat perang di dalam negeriku sendiri.

"Aku juga pernah dibuang di pelbagai negara sebagai pembelot, dan aku pernah dilarang bergaul dengan orang lain (diasingkan) selama berbulan-bulan di dalam penjara khusus di negeriku sendiri. Aku pernah diracun berulangkali, dan dihinakan dengan pelbagai hinaan yang kejian. Sampai muncul satu waktu aku lebih banyak berharap kematian daripada hidup yang terus-menerus terseksa. Andaikata agamaku tidak melarangku melakukan bunuh diri, pasti aku sudah membunuh diriku sendiri. Sebab, kematian bagiku pada waktu itu, lebih aku sukai daripada kehidupan yang penuh dengan seksaan dan penderitaan".

Ungkapan yang tergambar jelas menunjukkan suatu bentuk keluhan dan kekecewaan perasaan yang keluar dari seorang yang jiwanya hampa, terkilan dan kecewa disebabkan oleh tentangan masyarakat sekililing ketika dia mengajak mereka menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Begitulah juga lebih beratnya tugas dakwah yang dijalankan Para Nabi dan Rasul, sejak Nabi Adam A.S sampai kepada Rasulullah S.A.W. Tugas menegakkan dakwah, dan amar ma'ruf nahi mungkar sangat berat, dan memerlukan jiwa-jiwa yang sangat ikhlas dan sabar. Sanggup menanggung beban yang amat berat.

Perlu diketahui bahawa, sesiapa sahaja yang merelakan dirinya untuk mengembangkan tugas suci ini, hendaklah dia sentiasa menjaga diri untuk tetap bersikap istiqomah (konsisten). Sebab tugas suci ini memerlukan peribadi-peribadi yang teguh dan istiqomah dalam menjalankan tugasnya. Bukan orang-orang yang mencari kehidupan dunia, menukar ayat dengan kehidupan dunia, jawatan dan harta yang sangat sedikit itu di sisi Allah Taala. Dengan kata lain, setiap Mukmin sebenarnya mendapatkan tugas untuk memenuhi kewajiban yang utama ini, menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, agar keimanan di sanubari masing-masing terpelihara. Ini kerana, kaitan amalan yang dimaksudkan dengan keimanan seorang hamba sangatlah erat. Setiap individu atau pun kelompok tidak akan pernah kekal kesetiaannya terhadap perintah-perintah agama, kecuali jika ia bersedia menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar.

Sesungguhnya rahsia keberadaan seorang Mukmin dan syarat kekalnya ia sebagai seorang Mukmin adalah menjalankan perintah untuk menyuruh yang baik dan mencegah kemungkaran. Seorang Mukmin tidak boleh mendiamkan kejahatan yang nyata terjadi. Seorang Mukmin juga tidak seharusnya menilai kehidupan peribadinya terlebih dahulu berbanding dari kematian atau kerosakan umatnya.

Setiap Mukmin harus menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar seperti yang pernah dilakukan oleh Para Sahabat, dan mereka menganggap tugas amar ma'ruf nahi mungkar menjadi tugas yang sangat mulia. Sebab itulah setiap Sahabat Nabi tidak pernah dalam hidup mereka berhenti sesaat pun untuk menengakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Setiap Mukmin hendaknya selalu menyandarkan dirinya kepada Allah Taala dalam menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, serta memohon perlindungan kepada Allah Taala, saat menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar di tengah-tengah umat.

Hendaknya setiap Mukmin sentiasa mengorbankan segala apa yang menjadi miliknya untuk menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar. Sebab, amalan ini membentuk kehidupan tersendiri bagi kualiti diri seorang Mukmin. Setiap Mukmin yang menjadikan iman dan dakwah sebagai sumber amalan di dalam hidupnya, maka ia termasuk seorang yang menjaga lima perkara berikut : "Agama, akal, keturunan, harta dan nyawa".

Di zaman kini, untaian kata para pendakwah tidak ada lagi "atsar-nya" (kesannya) kepada manusia, ibaratnya seperti membuang garam di tengah laut. Di kaca-kaca media, di tengah-tengah majlis ta'alim, dan pelbagai forum, kata-kata pendakwah seperti tiada bekasnya. Sia-sia. Seperti suara di tengah padang pasir. Ini disebabkan para pendakwah seumpama itu memiliki objektif peribadi dan kepentingan duniawi. Mereka bukan orang-orang yang ikhlas, tetapi para pengejar dunia dan menjadikan dunia tambatan kehidupan mereka. Mereka menggunakan agama sebagai kuda "tunggangan" untuk mendapatkan dunia.


Tidak hairan umat semakin jauh dari hidayah agama (Islam). Sementara itu, kesesatan, kederhakaan, kemaksiatan, serta pelbagai ragam dosa terus bertambah. Kerana pendakwah bukan terdiri dari orang-orang yang ingin menegakkan amar ma'ruf nahi mungkar, tidak ke kiri mahupun ke kanan (tiada pendirian yang teguh menegakkan kebenaran), tetapi berdiri di tengah-tengah manusia demi menegakkan mahligai bagi dirinya sendiri. Wallahu'alam.

~~copy & paste~~

Tuesday, 18 February 2014

Awas, PraSangka Buruk..

~Jangan Suka BerPrasangka Buruk~

Islam itu indah, perkara prasangka pun telah di tetapkan dalam Islam. Suuzon atau Su’udzon yang membawa maksud berprasangka negatif, menyangka buruk atau menaruh curiga terhadap seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan.
Islam sangat melarang umatnya bersangka buruk sesama muslim kerana sangkaan negatif, buruk dan jahat akan mengundang malapetaka kepada seseorang itu. Setiap syak wasangka hendaklah berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar dengar cakap, tuduhan melulu, mengikut tuduhan orang, dan fitnah semata-mata.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ بِغَيْرِ مَا ٱكْتَسَبُوا۟ فَقَدِ ٱحْتَمَلُوا۟ بُهْتَٰنًۭا وَإِثْمًۭا مُّبِينًۭا
“Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” (Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)

Sebahagian dari prasangka adalah dosa. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى. Orang yang berburuk sangka adalah melakukan perbuatan jahat dan berdosa besar; Dan setiap perbuatan jahat, Allah سبحانه وتعالى akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.

Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Orang yang bersikap ‘suuzon’ (bersangka buruk) juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut..
Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama Melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah سبحانه وتعالى yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa..

Akibat Bersangka Buruk
Bersangka buruk boleh membawa banyak kesan negetif dan masalah. Antaranya adalah:
  1. Mengakibatkan manusia dan ummah berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’
  2. Merosakkan jiwa dan meninggalkan kesan noda dan titik-titik hitam pada hati, Titik hitam ini hanya melekat pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar.
  3. Sentiasa berasa sakit hati dan kecewa atas kejayaan yang dicapai orang lain.
  4. Jika hati seseorang itu penuh dengan sangka buruk, ia akan menimbulkan perasaan benci, geram dan segala dendam, sudah pasti apabila terlihat sahaja muka saudaranya itu, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar.
  5. Memburukkan hubungan persahabatan dan persaudaraan. Apabila hati bersangka buruk terhadap seseorang, maka sudah pasti hatinya bertambah keruh dan menjarakkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
  6. Menyebabkan penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti kukuh. Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍۢ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍۢ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)


Mengubah Sikap Bersangka Buruk
Bagi mengatasi masalah ini tak lain dan tak bukan hanyalah dengan mengubah corak fikiran kita dalam menghadapi sesuatu. Kita menyangka baik terhadap orang lain, jika sangkaan itu salah maka kita tetap dapat pahala kebaikan, tetapi sebaliknya kalau kita suudzon terhadap orang lain, sekiranya sangkaan buruk itu betul kita tetap berdosa, apalagi kalau sampai sangkaan itu salah. bertolak dari sikap suudzon ini juga kita sering terjerumus ke dalam kancah mengumpat atau mengata keburukan orang lain.
Berikut adalah tips mengelakkan suudzon (buruk sangka):

  1. Sentiasa memberi penghargaan pada orang lain
  2. Sentiasa mahu belajar dari orang lain
  3. Perbanyak ilmu; Ilmu agama, social, dsb.
  4. Banyak bergaul dengan pelbagai peringkat orang
  5. Terbuka, tidak suka menyembunyikan sesuatu / masalah
  6. Berusahalah sentiasa mengamalkan sikap berfikiran positif
  7. Yakinlah bahawa kita mampu menjadi lebih baik dari orang lain
  8. Perbanyak kegiatan kemasyarakatan, jangan suka membuang masa dan perbuatan sia-sia.
  9. Khusnudzon; baik sangka pada orang lain dan kepada Allah سبحانه وتعالى.
  10. Mensyukuri apa yang kita terima selama ini sebagai anugerah dari Allah سبحانه وتعالى.
  11. Jangan sesekali bersikap suudzon dan berfikiran negatif kepada sesuatu yang belum kita tahu kebenarannya.
  12. Jangan menelan mentah mentah cerita yang kita terima dari orang lain.
  13. Selidiki dulu apakah berita yang kita terima itu benar atau tidak sebelum kita menyebarluaskannya kepada orang lain.
  14. Milikilah prinsip bahawa sifat iri hati dan dengki terhadap kemajuaan / kejayaan orang lain adalah merugikan diri, keluarga, komuniti dan Negara kita sendiri...

Sangka Buruk Yang Harus
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.
Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau kem motivasi untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.
Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.


Kesimpulan
Setiap Muslim tidak boleh bersikap suudzon (berprasangka negatif) kepada saudaranya kerana dengan suudzon, kita menutup pintu hati, tidak mahu menerima dan menolak terus apa yang dikatakan saudara kita yang lain.
Bersangka baiklah (husnuzon) kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan ‘mahmudah’ (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, segeralah beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana Allah سبحانه وتعالى sentiasa terbuka menerima taubat hambanya.

Monday, 10 February 2014

Buatmu Sahabat....


Teman…

Aku ingin kita seperi Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalinkan kerana al-Khaliq,
Harta dikorbankan bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.

Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri takala tunduknya manusia,
Bersuara takala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikirannya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak penah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahnda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai haruman pusara Masyitah,
Semerbak Kasturi

Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,

Di Mahkamah Mahsyar nanti….

Ketahuilah, Aku menyayangimu semata-mata kerana DIA wahai Sahabatku....
Dan aku berharap semoga persahabatan & ukhuwwah yang terjalin/terbina antara kita akan tetap berkekalan buat selamanya....

.......................


~ ShaRk ~
I'd rather hate you
The more I hold you, the more it hurts
Even though I will forget everything in the next morning
and try to find you again
I'd rather put of this love, which become useless
Because the time will flow on us again anyway...
I'm sorry for still thinking of you, for still loving you
Because I won't be able to let you go at the end..
"Let's love just one more day", --> the lie again..
Once I see you again, I forget everything else
but to love you, smiling again....
"Let's forget even if it's just one day", --> another empty promise
Even if I'm in pain when I can't see you
I keep promising to myself... crying...
Between heaven and hell,
I keep coming and going because of you....


Monday, 6 January 2014

Tuhan Sedang Menguji Kita


Dalam meniti kehidupan yang cukup mencabar, sesekali menuntut agar kita berhenti sejenak. Bukan berhenti daripada melakukan apa-apa, cuma cukuplah sekadar untuk kembali muhasabah diri sendiri. Sudah terlalu jauhkah diri kita ini daripada ALLAH??

Kita adalah hamba-NYA yang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat. Setiap masa, kita sentiasa ada ruang/peluang dan terbuka untuk melakukan kesalahan. Namun, di sebalik semua itu, ada ruang yang masih tersedia untuk kita kembali. Ya, cuba kita renungi, apa kita benar-benar telah kembali kepada ALLAH? Tepuk dada tanya diri.. ^^

Marilah kita bersama-sama agar sentiasa menjaga pancaindera yang kita miliki dengan elok-elok, misalnya seperti mata. Di samping itu, marilah kita periksa sudah berapa banyak dosa yang telah kita lakukan dengannya. Itu semua akan dibawa ke dalam kubur. Kita akan dipersoal dan dipertanggungjawabkan kelak. Tak takut ke..??

Bayangkanlah.... apabila kita ditinggalkan di dalam kubur, kita keseorangan. Siapakah yang akan menemani kita jika tidak amal ibadat sendiri? Ibu bapa tidak akan menemani. Begitu juga dengan adik-beradik. Tiada saudara-mara yang akan membantu kita di dalam keadaan gelap gelita itu.

Ke mana teman-teman yang sering menukilkan rasa gelak tawa bersama-sama?? Ingatlah... sebaik-baik teman sekalipun, dia hanya akan turun ke dalam kubur untuk menghantar kita buat terakhir kalinya, kemudian akan naik semula. Tiada seorang pun yang akan menemani kita. Siapa yang boleh temankan kita?? Anak sekalipun tidak boleh menemani. Masih tidak adakah rasa gentar di hati..??

Maka, marilah kita merasakan takut yang sebenar-benarnya dengan mengelakkan perbuatan maksiat. Perasaan ini perlu timbul di dalam hati dan diri setiap insan. Ketakutan itu wajar hadir agar dapat menghindari kita daripada terus bergelumang dalam kancah dosa.

Perlu kita sedar bahawa dalam kehidupan ini, tidak semua orang sukakan kita. Kata orang, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah juga orang yang membenci kita. Orang yang menyampah dengan kita sebenarnya ramai. Itu belum termasuk lagi orang yang menghamburkan cacian dan kata-kata nista. Maka, perlu kita ingat bahawa sabar adalah tuntutannya.. ^_^ .. Jangan kisah pandangan orang lain, tetapi kisahlah pada pandangan Allah terhadap kita. Apa yang perlu kita lakukan adalah melaksanakan ibadat dengan sebaiknya dan seikhlasnya... ^_~

Dalam melakukan apa-apa perkara, fikirkanlah tentang dua perkara dahulu iaitu dosa dan pahala.. fikirkan tentang baik dan buruknya perkara tersebut... Jangan main bedal atau hantam saja...! ^__^    

Wednesday, 9 October 2013

Sejujurnya...


Saya harap kamu sudi tunggu saya sebenarnya... Saya perlu sedikit masa lagi untuk baiki diri à “lebih bersedia dan lebih baik dari sebelumnya... Walaupun tidak cukup sempurna..” Tapi jika kamu sudah tidak mampu bersabar atau mungkin andai hati kamu telah berubah, it’s ok... Saya tak mampu menghalang dan terus menahan kamu... Saya tahu dan faham bahawa hati dan perasaan tak boleh di paksa.. Saya doakan semoga kamu bahagia... Kamu memang patut dapat yang lebih baik dan terbaik... ^__^

Tuesday, 23 April 2013

9 Mimpi Rasulullah




Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan."
 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"..

~”Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti sama ada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa-apa keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat untuk hari ini adalah yang terbaik. Kerana perkara yang terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yang baik untuk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."~