Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah
mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di
Israqkan."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi
oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN
DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab
kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA
YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan
berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai
yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,
setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para
nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil
memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan
gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan
orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru
kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api
ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH
SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
SABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA
UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"..
~”Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak
pasti sama ada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa
lampau yg takkan dapat mengubah apa-apa keadaan pun. Fikirlah apa yg kita
hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat untuk hari ini adalah yang
terbaik. Kerana perkara yang terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan
keputusan yang baik untuk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk
kita pada masa akan datang."~

No comments:
Post a Comment