Apakah Kedudukan Cinta..??
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata dalam buku beliau, "Madarijus Salikin" :
"Cinta adalah tempat persinggahan buat orang yang saling bersaing, menjadi sasaran buat orang yang beramal. Orang yang mendahului menjejaki alamnya dan padanya jua tempat curahan orang yang mencintai. Dengan sepoi anginnya, orang yang beribadah berasaskan ketenangan. Ia adalah santapan hati, makanan roh & pelembut hati. Cinta adalah kehidupan, orang yang tidak memilikinya seumpama orang mati. Cinta adalah cahaya, sesiapa yang tidak memilikinya, umpama berada di tengah lautan yang gelap gelita. Cinta adalah ubat penyembuh, sesiapa yang tidak memilikinya, hatinya menghadapi pelbagai penyakit. Cinta adalah kelazatan, sesiapa yang tidak memilikinya, seluruh hidupnya diwarnai kegelisahan & penderitaan.
Cinta adalah roh iman & amal, kedudukan dan keadaan sekiranya cinta itu tiada, seumpama tubuh yang tidak mempunyai roh padanya. Cinta memikul beban-beban yang dibawa oleh orang musafir ketika menuju ke satu negeri, yang tentu sahaja mereka akan keberatan sekiranya beban itu dibawa sendiri. Cinta adalah kenderaan yang membawa mereka kepada sang kekasih. Cinta adalah jalan mereka yang lurus, yang menghantarkan mereka ke tempat persinggahan pertama yang terdekat. Demi Allah, para pemilik cinta telah pergi membawa kemuliaan dunia & akhirat sehingga akhirnya bersama sang kekasih. Allah SWT telah menetapkan seseorang itu bersama orang yang paling dicintainya. Sungguh, ini adalah kenikmatan yang tiada tara yang diberikan kepada orang yang memiliki cinta yang mendalam."
~~ ^______^ ~~

No comments:
Post a Comment