^_^ ..

Sunday, 13 January 2013

Jangan Terpedaya....



Jangnlah Terpedaya Dengan Kehidupan Dunia, Kerana Ia Adalah Permainan Belaka dan Pasti Akan Hancur Suatu Ketika Nanti, Ia Juga Adalah Kesenangan Yang Menipu manakala Kehidupan Akhirat Adalah Sebenar-Benar Kehidupan..

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Allah berfirman:"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadiid 57:20)

Allah berfirman dengan menetapkan hina dan rendahnya kehidupan dunia, "sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak", Yakni kesimpulan dari perkara dunia bagi penduduknya hanyalah seperti ayat tadi.

Sebagaimana firman Allah swt,

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ

Allah berfirman:"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali Imran 3:14)

Selanjutnya Allah swt menggambarkan perumpamaan kehidupan dunia bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah keindahan yang fana dan kenikmatan yang pasti lenyap. Kerana itu Allah swt berfirman,"Seperti hujan", iaitu,hujan yang datang setelah manusia merasa putus asa terhadap kehadirannya,sebagaimana Allah berfirman, "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa" (Asy Syuura 42:28)

Firman Allah swt "yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani" iaitu tumbuhnya tanaman oleh hujan mengundang kekaguman para petani. Sama hal nya dengan orang-kafir yang kagum mengagumi kehidupan dunia, sesungguhnya mereka adalah orang yang paling bercita-cita terhadap dunia dan paling cenderung kepadanya.

Firman Allah swt "kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur", padahal sebelum nya tampak hijau dan segar.Demikian pula kehidupan dunia, pada mulanya kelihatan muda lalu tumbuh menjadi dewasa dan semakin tua dan akhirnya nyanyuk dan sangat tua. Demikianlah manusia, yang pada mulanya kelihatan muda, segar, padat berisi, serta pernampilan menawan. Kemudian secara beransur-ansur dia memasuki usia separuh baya. Wataknya berubah dan sebahagian dari kekuatannya hilang. Kemudian dia menjadi tua, kekuatannya lemah, sedikit gerakannya dan tidak mampu lagi mengerjakan sesuatu yang remeh sekalipun. Allah berfirman:"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (Ar-Ruum 30:54)

Perumpamaan ini menunjukkan bahawa dunia ini pasti akan lenyap, hancur dan habis. Sebaliknya, negeri akhirat itu adalah pasti dan kekal. Maka Allah swt memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam menghadapi dunia.Allah swt menganjurkan untuk berbuat kebaikan, yang akan membawa pahala di negeri akhirat nanti.

Allah swt berfirman "Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya".Akhirat itu akan datang dalam waktu yang dekat. Tidak ada pilihan lain disana kecuali dua keadaan. Jika bukan seksaan keras (kita berlindungan kepada Allah swt darinya), maka ampuan dan keredhaanNya.

Allah swt berfirman "Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu",iaitu kesenangan yang fana' lagi memperdayakan orang yang cenderung kepadanya.Orang semacam ini terpedaya dan merasa kagum terhadap dunia, hingga berkeyakinan bahawa tiada kehidupan lain, tidak pula hari kebangkitan. Padahal kehidupan dunia ini amatlah hina dan rendah bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat."

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdullah,ia berkata, Rasulullah saw bersabda,

الجنة أقرب إلى أحدكم من شراك نعله و النار مثل ذلك

"Sesungguhnya Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kalian melebihi tali sendalnya dan Neraka juga seperti itu" (HR Bukhari, Fathul Bari (XI/328))

Hadis tersebut menunjukkan bahawa kebaikan dan keburukan itu dekat dgn manusia, Kerana itu lah Allah swt menganjurkan manusia untuk bersegara menunaikan kebaikan, mengerjakan ibadah dan ketaatan, serta meninggalkan semua yang diharamkan sehingga diharapkan boleh menutup semua kesalahan dan dosa, disamping akan mendapat ganjaran dan derajat (yang tinggi).

Berikut adalah hadis-hadis sahih dimana Nabi saw bersabda berkenaan hinanya dan rendahnya kedudukan dunia jika dibandingkan dengan kedudukan akhirat.

Hadis 1
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال جلس رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر وجلسنا حوله فقال إن مما أخاف عليكم ما يفتح الله عليكم من زهرة الدنيا وزينتها

Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, dia berkata,"Rasulullah saw pernah duduk diatas mimbar dan kami duduk (melingkar) disekitar beliau, lalu beliau bersabda, "Sesungguhnya diantara yang aku khawatirkan atas sepeninggalanku adalah apa yang akan dibukakan untukmu dari gemerlapan dunia dan perhiasannya" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 2
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إن الدنيا حلوة خضرة وإن الله تعالى مستخلفكم فيها فينظر كيف تعملون اتقوا الدنيا واتقوا النساء

Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya dunia ini manis dan mempersona, sedangkan Allah menugaskan kamu di dalam nya, maka Dia hendak melihat bagaimana kamu berbuat. Kerana itu takutlah terhadap (fitnah/godaan) dunia dan takutlah terhadap (fitnah) wanita" (HR Muslim)

Hadis 3
عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم كان يقول : اللهم لا عيش إلا عيش الآخره

Dari Anas bin Malik ra, bahawasanya Nabi saw bersabda, "Ya Allah, tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat" (HR Bukhari dan Muslim)

Hadis 4
رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ما الدنيا في الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم أصبعه هذه في اليم فلينظر بم يرجع

Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu memasukkan jari tangannya kedalam lautan, perhatikanlah apa yang dibawa oleh jari itu" (HR Muslim)

~Wallahu'Alam~

Thursday, 10 January 2013

Ujian...


Apaaa...??? Terlalu Banyak Ujian Yang Menimpa Diri..?? Rasa Berat & Terbeban Untuk Melalui @ Memikulnya..?? Putus Asa..??

Jangan… Jangan mudah mengalah & putus asa.. anda pasti mampu melaluinya… Bukankah ALLAH telah berkata dengan jelas di dalam kitab suci al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji di luar kemampuan hamba-NYA…? ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-NYA dan kerana itulah DIA menguji kita.. Di sini dapat dilihat betapa kasih dan sayangnya ALLAH kepada kita sebagai hamba-NYA..

ALLAH menguji seseorang bukan kerana DIA benci tetapi percayalah yang DIA amat mengasihi kita.. Cuma kita sebagai hamba-NYA adakala tidak sabar dalam menghadapi dugaan.. Bahkan terlalu mudah untuk berputus asa… Yakinlah ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita, kerana setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya….

Firman ALLAH :
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! KAMI telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian begitu), nyata apa yang diketahui ALLAH tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-NYA tentang orang yang berdusta…”
~~ al-Ankabut : 2-3 ~~

Sedar & ketahuilah…. Bahawa di sebalik musibah dan ujian, tersimpan cinta agung ALLAH S.W.T kepada hamba-NYA…. ^__^

Wednesday, 9 January 2013

Menyembuhkan Hati Yang Terluka




Cinta bukanlah fikiran dan perasan... Cinta bukanlah harapan dan keinginan semata, tetapi cinta adalah sebuah latihan kesabaran, sebab cinta itu memberi, cinta itu berkorban & cinta itu memaafkan... Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan senda tawa namun cinta yang hakiki dilalui dengan peristiwa yang boleh mengalirkan air mata, perih dan terluka agar kita mengerti bahawa sesungguhnya cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Allah, Sang Pemilik Kehidupan... 

Bagi mereka yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan menemukan cinta yang hakiki, cubaan dan ujian yang terberat adalah kehilangan... Kehilangan sesuatu yang bererti tentu saja membuat kita merasa sedih dan berduka... Apatah lagi kehilangan seseorang yang begitu kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung dengan kehadirannya... Maka rasa perih, sakit dan terluka tidak akan pernah hilang dari ingatan kita... Setiap peristiwa yang pernah dilalui atau perkara yang mengingatkan kita kepada orang tersebut akan membuatkan sakit dan luka hati terbuka kembali...

Kenangan begitu indah, Hidup penuh semerbak harum mewangi bunga, bagai di taman firdausi penuh bunga keindahan tersimpan dalam ingatan kita... Cinta dan kasih sayang, kemesraan, menimbulkan kenangan manis tak terlupakan... Sementara disisi lain kecintaan penuh muatan emosi, pertengkaran, pengkhianatan menimbulkan kebencian yang membakar apapun yang justeru dicintainya dan dipujanya... Setiap benda, tempat, peristiwa dengan orang tersebut menimbulkan kenangan pahit, perih dan terluka... Jika terjadi kematian atau perceraian yang terjadi secara tiba-tiba sama sekali tidak diduga dan tidak dikehendakinya biasanya jiwanya memberontak, marah, tidak dapat menerima keadaan yang terjadi akibat ketidakpuasan pihak yang ditinggalkan atau peristiwa yang dalaminya...

Lalu bagaimana caranya untuk menyembuhkan rasa sakit dan terluka kerana kehilangan orang yang anda cintai akibat kematian atau perceraian? Kita tidak akan pernah mampu melawan atau menghalang setiap bencana, setiap derita, dan mencegah setiap malapetaka yang datang dengan kekuatan anda sendiri... Sebab kita adalah makhluk yang lemah... Kita hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik hanya bila menyerahkan semua perkara kepada Allah S.W.T.. Firman Allah swt : 

"Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang-orang yang beriman."
(QS. al-Ma'idah : 23)...

Jadikanlah kalimat "Hasbunallah wa ni'mal wakil" sebagai zikir yang selalu menyelimuti diri kita, ,maka perih dan terluka dihati kita akan berubah menjadi kebahagiaan untuk meraih cinta yang hakiki iaitu cinta Allah...

------------------------------------------------------------------
Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa satu bencana dan mereka mengikuti keredhaan Allah... Allah mempunyai kurnia yang besar...
(QS. ali Imran : 173-174)

Ya Allah...



Sulitnya Menjaga Pandangan Mata,
Sulitnya Menahan Nafsu Dan Menjaga Hati,
Hanya Iman Dalam Diri Mampu Menolong Diri,
Antara Kasih Kepada Robbul I’zzati Dan Kemahuan Diri,
Menitis Air Mata Tika Kemahuan Diri Tidak Dituruti,
Lantas Kasih Dan Takut Kepada Ilahi…
Sulitnya Menjaga Pandangan Mata,
Sulitnya Menahan Nafsu Dan Menjaga Hati,
Usia Begini Kemahuan Itulah Ingin Dipenuhi,
Mencintai Dan Dicintai Orang Yang Dikasihi,
Namun Syariat Yang Suci Membatasi,
Semuanya Untuk Kebaikan Diri Sendiri…
Sulitnya Menjaga Pandangan Mata,
Sulitnya Menahan Nafsu Dan Menjaga Hati,
Kugagahi Diri Menjaga Pandangan Mata Dan Hati,
Agar Maksiat Tidak Terjadi,
Agar Fitnah Dapat Dijauhi,
Namun, Kadang Kala Aku Tewas Dengan Nafsu Yang Menguasai Diri,
Lantas Kurangnya Amalan Rukhiah Dalam Diri…
Sulitnya Menjaga Pandangan Mata,
Sulitnya Menahan Nafsu Dan Menjaga Hati,
Aku Malu PadaMu Ya Ilahi,
Saat Memandangnya Aku Membuat Dosa Terang Tanpa Sembunyi
Tika Dia Membalasnya, Bertambah Malu PadaMu Ya Ilahi,
Kerana Aku Dan Dia Tiada Ikatan Sah Suami Isteri,
Kerana Aku Dan Dia Berdakwah Demi Islam Tercinta,
Kerana Aku Dan Dia Mengaku Berjuang Demi Melihat Islam Dijulang Tinggi,
Kerana Aku Dan Dia Mengaku Berjuang Demi Mencari Redha Ilahi…
Ya Allah Ampunkan Dosaku,
Ya Allah Terimalah Taubatku,
Ya Allah Teguhkan Imanku Dengan FirmanMu,
Ya Allah Teguhkan Imanku Dengan Ketaatanku PadaMu,
Tidak Sekali-Kali Kebenaran Dan Kebatilan Dicampuri,
Jika Tidak, Kecelakaan Menimpa Diri…
Harapanku, Semoga Dia Juga Dibawah Jagaan-Mu
Malah Lebih Baik Dari Aku Ya Allah…

Adam / Hawa ....




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

Terimalah Kenyataan Bahawa Anda Akan Dimadukan…
Bahkan Anda Bukan Isteri Pertama Yang Bakal Dikahwini…
Tetapi Anda Adalah Bakal Isteri Kedua!!!
Kerana Isteri Pertama Bagi Suamimu Ialah Perjuangan Islam!!!
Perkahwinan Ini Telah Lama Dilangsungkan…
Kehadiran Dirimu Adalah Untuk Bersama Berganding Bahu Memperjuangkan Islam
Bukan Menjadi Batu Penghalang Perjuangan Suamimu…
Janganlah Jadikan Dirimu Sebagai Punca Serta Merendahkan Harga Diri Mu Dengan Terjadinya Perceraian Suamimu Dengan Isterinya Yang Pertama Iaitu Perjuangan Islam!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…


Terimalah Bahawa Anda Bukanlah Suami Pertama Yang Bakal Dinikahinya Atau Insan Pertama Yang Dicintai Dan Disayangi Oleh Bakal Isterimu!!!
Bahkan Dirimu Adalah Insan Kedua Yang Dicintainya….
Kerana Suami Yang Pertama Baginya Ialah Perjuangan Islam Dan Memartabatkannya…
Dia Mencintaimu Kerana Dirimu Mencintai Islam Dan Memperjuangkan Islam…
Jika Dirimu Tidak Sedemikian…
Sekelumit Cinta Pun Tidak Akan Lahir Dalam Sanubari Isterimu…
Bantulah Isterimu Dan Kuatkanlah Dia Untuk Teruskan Perjuangan…

~~ ^___^ ~~

Tuesday, 8 January 2013

... Syukur ...

Rasulullah saw telah bersabda “Allah menguji hamba-hambanya dgn apa yg dianugerahkan ke atas mereka. Sekiranya mereka bersyukur dgn apa yg ada maka Allah akan menganugerahkan lebih lagi. Sekiranya mereka tdk puas hati dgn apa yg dikurniakan maka Allah tdk akan menambahkan rezeki mereka”.
- Musnad Ahmad- 


~ ^__^ ~

“sesungguhnya seorang muslim itu apabila berjalan di jalan dakwah, ia x berjalan dengan hatinya sahaja bahkan di bawa bersama hati saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya..”
 –mustafa masyur-