Jangnlah Terpedaya Dengan Kehidupan Dunia,
Kerana Ia Adalah Permainan Belaka dan Pasti Akan Hancur Suatu Ketika Nanti, Ia
Juga Adalah Kesenangan Yang Menipu manakala Kehidupan Akhirat Adalah Sebenar-Benar
Kehidupan..
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ
وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ
فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآَخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ
وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا
مَتَاعُ الْغُرُورِ
Allah
berfirman:"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah
permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering
dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti)
ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (Al-Hadiid 57:20)
Allah
berfirman dengan menetapkan hina dan rendahnya kehidupan dunia, "sesungguhnya
kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan
bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta
dan anak", Yakni kesimpulan dari perkara dunia bagi penduduknya hanyalah seperti ayat tadi.
Sebagaimana firman Allah swt,
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ
النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ
وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ
مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآَبِ
Allah berfirman:"Dijadikan indah
pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:
wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di
dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)" (Ali
Imran 3:14)
Selanjutnya
Allah swt menggambarkan perumpamaan kehidupan dunia bahawa sesungguhnya
kehidupan dunia ini adalah keindahan yang fana dan kenikmatan yang pasti lenyap. Kerana
itu Allah swt berfirman,"Seperti hujan", iaitu,hujan yang datang
setelah manusia merasa putus asa terhadap kehadirannya,sebagaimana Allah
berfirman, "Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus
asa" (Asy Syuura 42:28)
Firman Allah
swt "yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani" iaitu
tumbuhnya tanaman oleh hujan mengundang kekaguman para petani. Sama hal nya
dengan orang-kafir yang kagum mengagumi kehidupan dunia, sesungguhnya mereka
adalah orang yang paling bercita-cita terhadap dunia dan paling cenderung
kepadanya.
Firman Allah
swt "kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur", padahal sebelum nya tampak hijau dan
segar.Demikian pula kehidupan dunia, pada mulanya kelihatan muda lalu tumbuh
menjadi dewasa dan semakin tua dan akhirnya nyanyuk dan sangat tua. Demikianlah
manusia, yang pada mulanya kelihatan muda, segar, padat berisi, serta pernampilan
menawan. Kemudian secara beransur-ansur dia memasuki usia separuh baya. Wataknya
berubah dan sebahagian dari kekuatannya hilang. Kemudian dia menjadi
tua, kekuatannya lemah, sedikit gerakannya dan tidak mampu lagi mengerjakan
sesuatu yang remeh sekalipun. Allah berfirman:"Allah, Dialah yang
menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah
keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu
lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan
Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa" (Ar-Ruum 30:54)
Perumpamaan
ini menunjukkan bahawa dunia ini pasti akan lenyap, hancur dan
habis. Sebaliknya, negeri akhirat itu adalah pasti dan kekal. Maka Allah swt
memberikan peringatan kepada manusia agar berhati-hati dalam menghadapi
dunia.Allah swt menganjurkan untuk berbuat kebaikan, yang akan membawa pahala
di negeri akhirat nanti.
Allah swt
berfirman "Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari
Allah serta keridhaan-Nya".Akhirat itu akan datang dalam waktu yang
dekat. Tidak ada pilihan lain disana kecuali dua keadaan. Jika bukan seksaan
keras (kita berlindungan kepada Allah swt darinya), maka ampuan dan
keredhaanNya.
Allah swt
berfirman "Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang
menipu",iaitu kesenangan yang fana' lagi memperdayakan orang yang
cenderung kepadanya.Orang semacam ini terpedaya dan merasa kagum terhadap
dunia, hingga berkeyakinan bahawa tiada kehidupan lain, tidak pula hari
kebangkitan. Padahal kehidupan dunia ini amatlah hina dan rendah bila dibandingkan
dengan kehidupan akhirat."
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Abdullah,ia
berkata, Rasulullah saw bersabda,
الجنة أقرب إلى أحدكم من شراك نعله و النار
مثل ذلك
"Sesungguhnya Syurga itu lebih dekat
kepada salah satu dari kalian melebihi tali sendalnya dan Neraka juga seperti
itu" (HR Bukhari, Fathul Bari (XI/328))
Hadis
tersebut menunjukkan bahawa kebaikan dan keburukan itu dekat dgn manusia, Kerana
itu lah Allah swt menganjurkan manusia untuk bersegara menunaikan
kebaikan, mengerjakan ibadah dan ketaatan, serta meninggalkan semua yang
diharamkan sehingga diharapkan boleh menutup semua kesalahan dan dosa, disamping
akan mendapat ganjaran dan derajat (yang tinggi).
Berikut
adalah hadis-hadis sahih dimana Nabi saw bersabda berkenaan hinanya dan
rendahnya kedudukan dunia jika dibandingkan dengan kedudukan akhirat.
Hadis 1
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال جلس
رسول الله صلى الله عليه وسلم على المنبر وجلسنا حوله فقال إن مما أخاف عليكم ما
يفتح الله عليكم من زهرة الدنيا وزينتها
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, dia berkata,"Rasulullah
saw pernah duduk diatas mimbar dan kami duduk (melingkar) disekitar beliau, lalu
beliau bersabda, "Sesungguhnya diantara yang aku khawatirkan atas
sepeninggalanku adalah apa yang akan dibukakan untukmu dari gemerlapan dunia dan
perhiasannya" (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis 2
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال إن الدنيا حلوة خضرة وإن الله تعالى مستخلفكم فيها
فينظر كيف تعملون اتقوا الدنيا واتقوا النساء
Dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, dia berkata
bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya dunia ini manis dan
mempersona, sedangkan Allah menugaskan kamu di dalam nya, maka Dia hendak melihat
bagaimana kamu berbuat. Kerana itu takutlah terhadap (fitnah/godaan) dunia dan
takutlah terhadap (fitnah) wanita" (HR Muslim)
Hadis 3
عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و
سلم كان يقول : اللهم لا عيش إلا عيش الآخره
Dari Anas bin Malik ra, bahawasanya Nabi saw
bersabda, "Ya Allah, tidak ada kehidupan kecuali kehidupan akhirat"
(HR Bukhari dan Muslim)
Hadis 4
رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول ما
الدنيا في الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم أصبعه هذه في اليم فلينظر بم يرجع
Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah
dunia itu dibandingkan dengan akhirat melainkan bagaikan salah seorang kamu
memasukkan jari tangannya kedalam lautan, perhatikanlah apa yang dibawa oleh
jari itu" (HR Muslim)
~Wallahu'Alam~
~Wallahu'Alam~

No comments:
Post a Comment