Apaaa...??? Terlalu Banyak Ujian Yang Menimpa Diri..??
Rasa Berat & Terbeban Untuk Melalui @ Memikulnya..?? Putus Asa..??
Jangan… Jangan mudah mengalah & putus asa.. anda
pasti mampu melaluinya… Bukankah ALLAH telah berkata dengan jelas di dalam kitab
suci al-Quran bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji di luar kemampuan
hamba-NYA…? ALLAH tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-NYA dan kerana itulah
DIA menguji kita.. Di sini dapat dilihat betapa kasih dan sayangnya ALLAH
kepada kita sebagai hamba-NYA..
ALLAH menguji seseorang bukan kerana DIA benci tetapi
percayalah yang DIA amat mengasihi kita.. Cuma kita sebagai hamba-NYA adakala
tidak sabar dalam menghadapi dugaan.. Bahkan terlalu mudah untuk berputus asa… Yakinlah
ALLAH telah aturkan yang terbaik buat kita, kerana setiap sesuatu pasti ada
hikmah yang tersembunyi di sebaliknya….
Firman ALLAH :
Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : Kami telah beriman, sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! KAMI telah menguji
orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian begitu), nyata apa
yang diketahui ALLAH tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula
apa yang diketahui-NYA tentang orang yang berdusta…”
~~ al-Ankabut : 2-3 ~~
Sedar & ketahuilah…. Bahawa di sebalik musibah dan
ujian, tersimpan cinta agung ALLAH S.W.T kepada hamba-NYA…. ^__^
No comments:
Post a Comment